Sistem Permohonan Siswa Sulung
PERMOHONAN SISWA SULUNG 4.0 USM SIDANG AKADEMIK 2026/2027
Anda dikenal pasti berpotensi untuk memohon Siswa Sulung USM.
⚠️ Sila baca sebelum meneruskan permohonan
- Semua maklumat yang diberikan mestilah sahih dan benar. Sekiranya didapati palsu, kelayakan sebagai calon terbatal serta-merta walaupun permohonan telah diluluskan.
- Permohonan ini tidak menjamin tawaran daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun USM.
- Hanya pelajar yang layak akan dihubungi untuk Saringan Lapangan oleh Panel Penilai USM.
Manfaat Program
- Semua yuran dibiayai oleh USM, kecuali Yuran Desasiswa.
- Jaminan aspek kebajikan — mentoring, pemantauan, penasihatan akademik dan bimbingan kaunseling.
- Menghadiri program khusus pembangunan jati diri Siswa Sulung USM.
Kriteria Permohonan
- Pelajar baharu berstatus aktif (warganegara Malaysia) yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di USM.
- Anak pertama dalam keluarga yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda — belum ada adik-beradik yang berbuat demikian.
- Memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 3.0 (STPM / Matrikulasi / Asasi / Diploma / setaraf), atau pangkat Jayyid Jiddan (STAM).
Kriteria Kelayakan
- Memenuhi tafsiran keluarga B40 — miskin/miskin tegar dalam eKasih, dan/atau penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan/atau disahkan melalui semakan lapangan USM.
- Bukan penerima biasiswa penuh mana-mana pihak, atau tajaan JPA/MARA. (Pinjaman PTPTN, zakat & bantuan bukan-biasiswa penuh dibenarkan.)
- Tidak mengikuti Ijazah Sarjana Muda Berganda (Double / Dual Degree).
Tarikh Penting
- Borang permohonan dibuka: 14 Ogos 2026
- Tutup permohonan: 17 Ogos 2026, 1.00 petang
- Saringan Lapangan (bagi calon yang layak): 18 Ogos 2026 – 2 September 2026
- Hebahan tawaran kepada pelajar yang layak: 8 September 2026
Pegawai Untuk Dihubungi
Sekretariat Siswa Sulung · Unit Kebajikan, Pinjaman, Biasiswa, Anugerah, OKU & Siswa Sulung
Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Universiti Sains Malaysia
- Puan Siti Meszaida Mohd Ehsan — meszaida@usm.my · 04-6533291 (Pejabat)
- Cik Khairulnisak Mohamad Zaini — nisazaini@usm.my · 04-6534368 (Pejabat/Whatapps)
- Encik Muhammad Faiz Aiman Farizon — faizaiman@usm.my · 04-6534670 (Pejabat/Whatapps)
- Puan Norwahida Ismail — wahida_ismail@usm.my · 04-6532468 (Pejabat/Whatapps)
Pertanyaan umum: sulung@usm.my
Pemohon: klik Log Masuk. Nama pengguna ialah e-mel anda dan kata laluan ialah No. Kad Pengenalan (12 digit, tanpa sengkang). Jika tidak dapat log masuk, hubungi sulung@usm.my.
Admin & Panel: klik Log Masuk — sistem mengenal pasti peranan anda secara automatik.